Tuan Haji Mazlan Nawang
Nilai-Seluruh warga organisasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada YBrs. Tuan Haji Mazlan Nawang atas segala jasa, sumbangan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Sepanjang berkhidmat, Tuan Haji Mazlan dikenali sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, berintegriti serta komited dalam melaksanakan amanah, khususnya dalam memperkukuh tadbir urus dan nilai integriti organisasi. Sumbangan dan kepimpinan beliau telah memberi impak yang besar dan menjadi contoh kepada warga kerja keseluruhannya.
Semoga persaraan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan yang berpanjangan bersama keluarga tercinta.
Terima kasih atas segala jasa. Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.
