Nilai- Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Norhayati Adam atas pelantikan sebagai Ketua Pejabat Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuat kuasa mulai 5 April 2026 hingga 31 Disember 2026. Pihak universiti merakamkan keyakinan penuh bahawa pelantikan ini akan terus memperkukuh pelaksanaan tadbir urus berintegriti, kebertanggungjawaban serta pematuhan nilai-nilai murni sejajar dengan aspirasi dan misi USIM. Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi kecemerlangan berterusan institusi.
