2 Mei 2026, Sabtu – Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) telah mengadakan program aktiviti kayak “Integrity on Water” yang disertai oleh 40 orang peserta bertempat di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya. Program ini juga merupakan satu program kolaborasi bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.
Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan sahsiah mahasiswa yang berintegriti melalui pengalaman berpasukan, disiplin diri dan tanggungjawab terhadap alam sekitar seperti menjaga peralatan dan rakan sepasukan. Melalui pendekatan ini, diharapkan agar mahasiswa dapat terus memperkukuh nilai moral di samping membina kekuatan fizikal.
“Melestarikan Integriti, Memperkasakan Peribadi”
SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA
SESI AKADEMIK 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA