Tanjung Malim, Perak, 9 Ogos 2026 – Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dinobatkan sebagai AMAR Terbaik Universiti Awam menerusi penganjuran Konvensyen Angkatan Mahasiswa Antirasuah (KAMAR) Kali Ke-10 Tahun 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Kejayaan tersebut mencerminkan komitmen dan kesungguhan mahasiswa USIM dalam memperkasakan agenda integriti serta membudayakan nilai antirasuah dalam kalangan generasi muda.
Pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin kepada AMAR USIM untuk terus menerajui usaha membina generasi mahasiswa yang berani menegakkan kebenaran, berintegriti dan bebas rasuah.
Syabas dan tahniah AMAR USIM! 🇲🇾✨
