NILAI, 22 Julai 2026 – Pejabat Integriti dengan kerjasama Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Bicara Integriti Khas Sempena National Training Week 2026 bertemakan “Memimpin Dengan Integriti: Akauntabiliti, Teladan dan Kepercayaan” yang berlangsung di Dewan Senat, Universiti Sains Islam Malaysia.
Bicara Integriti Khas kali ini menampilkan YBrs. Dr. Zurina Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, sebagai penceramah. Beliau menekankan kepentingan integriti sebagai asas kepimpinan yang berkesan dalam sesebuah organisasi, khususnya dalam membentuk budaya akauntabiliti, menjadi teladan yang baik serta membina kepercayaan dalam kalangan warga organisasi.
Program ini turut dihadiri oleh Naib Canselor, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab Universiti serta Ahli-ahli Senat Universiti.
Penganjuran program ini merupakan usaha berterusan Pejabat Integriti dalam memperkukuh budaya integriti dalam kalangan warga USIM.
