NILAI, 15 Mei 2026 – Pejabat Integriti USIM telah menganjurkan Bicara Integriti Siri 2/2026 bertemakan “Kerja Ikhlas, Hati Tenang” secara dalam talian melalui Microsoft Teams.
Program ini menampilkan YBrs. Encik Mohamad Aizuddin Abdu Aziz sebagai penceramah, yang menekankan kepentingan keikhlasan dalam melaksanakan amanah serta hubungannya dengan kesejahteraan emosi dan produktiviti kerja.
Penganjuran program ini merupakan usaha berterusan Pejabat Integriti dalam memperkukuh budaya integriti dalam kalangan warga USIM.
