6 Mei 2026 | Ibu Pejabat SPRM Putrajaya – Seramai 33mahasiswa/wi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Lawatan Jaringan Ringkas ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) anjuran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR).
Lawatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada mahasiswa mengenai peranan dan fungsi SPRM dalam membanteras rasuah serta memperkukuh pemahaman tentang nilai integriti dan tadbir urus yang baik.
Sepanjang program, peserta berpeluang mengikuti sesi taklimat, perkongsian bersama pegawai SPRM serta lawatan sekitar premis, selain menjalinkan hubungan strategik antara USIM dan SPRM.
Inisiatif ini diharap dapat melahirkan generasi mahasiswa yang berintegriti, berakauntabiliti dan peka terhadap isu rasuah, selaras dengan usaha membina masyarakat yang telus dan beretika.
