Putrajaya, 15 Januari 2026-Pejabat Integriti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Sesi Kunjungan Muhibah bersama Pengerusi Jawatankuasa Integriti USIM (JKIU) ke Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kunjungan ini diketuai oleh Tuan Haji Mazlan Nawang, Ketua Pejabat Integriti USIM, bersama delegasi Pejabat Integriti USIM, bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara USIM dan KPT serta sebagai platform memperkenalkan peranan dan fungsi Jawatankuasa Integriti USIM secara lebih menyeluruh. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan USIM dalam memperkasakan tadbir urus, ketelusan dan pembudayaan integriti sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI serta agenda pemantapan integriti di institusi pengajian tinggi.
