Nilai, 15 November 2026 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Program Integrity Youth Ambassador (IYA) Siri 2 Tahun 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 12 hingga 15 November 2026. Program ini menghimpunkan para peserta dalam pelbagai modul pembangunan diri, integriti dan tanggungjawab sosial bagi memperkukuh jati diri serta melahirkan pemimpin muda yang beretika, berintegriti dan berdaya saing. Program ini turut mencerminkan komitmen bersama USIM dan IIM dalam membudayakan nilai integriti dalam kalangan generasi muda sebagai agen perubahan kepada masyarakat dan negara.
