INTEGRITI FUN WALK & SENAMROBIK MERIAHKAN SAMBUTAN BULAN INTEGRITI USIM 2026
Nilai, 11 November 2026 – Pejabat Integriti USIM dengan kerjasama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USIM telah menganjurkan program Integriti Fun Walk & Senamrobik bertemakan “Integriti Kita, Nilai Kita” di Dataran Canselori USIM. Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 10.00 pagi ini berjaya menghimpunkan warga USIM dalam aktiviti santai dan sihat sambil memupuk kesedaran mengenai kepentingan integriti dalam kehidupan serta persekitaran kerja.
Aktiviti Fun Walk dan senamrobik ini mendapat sambutan menggalakkan daripada staf dan pelajar. Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh budaya integriti, meningkatkan semangat kebersamaan serta menyokong amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga universiti.
