Seremban, 25 Februari 2026 – Pejabat Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Sesi Kunjungan Muhibah ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan. Kunjungan ini bertujuan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama serta hubungan dua hala antara USIM dan SPRM Negeri Sembilan, khususnya dalam aspek pemantapan tadbir urus dan pembudayaan integriti di institusi. Pihak kami juga berhasrat untuk mendapatkan pandangan dan input berkaitan pelaksanaan Program Anti Rasuah (AMAR) di USIM.
“Memperkasa Integriti, Menjunjung Amanah.”
