Project Description
Pejabat Integriti USIM menyeru seluruh warga universiti agar bersama-sama membudayakan integriti dan mewujudkan persekitaran kerja yang telus, beretika dan bertanggungjawab.
Sebagai ingatan dan panduan bersama, warga USIM haruslah:
✅ Mengemukakan aduan berdasarkan fakta serta maklumat dan bukti yang relevan.
✅ Mengelakkan tohmahan, fitnah dan penyebaran dakwaan yang tidak disahkan.
✅ Menggunakan saluran rasmi aduan USIM serta mematuhi prosedur yang ditetapkan.
✅ Bersama-sama menjaga integriti dan reputasi diri, organisasi serta komuniti USIM.
📲 Sila imbas kod QR pada poster yang dilampirkan untuk mengakses saluran rasmi aduan USIM (Al-Inayah) https://alinayah.usim.edu.my/sign-in
Marilah kita bersama-sama mengamalkan prinsip “Integriti Tanggungjawab Bersama” demi memperkukuh budaya kerja yang berintegriti di USIM.
Sekian, terima kasih.
PEJABAT INTEGRITI USIM
Universiti Sains Islam Malaysia
