Pejabat Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Penubuhan ini bertujuan untuk mengurus dan melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti yang merangkumi aspek pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku serta tindakan punitif secara lebih fokus, terancang, efisien dan optimum, sejajar dengan ketetapan pekeliling tersebut.
Pejabat Integriti bertanggungjawab secara langsung kepada Naib Canselor selaku Ketua Jabatan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Sebelum ini, Unit Integriti USIM telah ditempatkan di bawah Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) yang ditubuhkan pada 1 Januari 2021. Pada tahun 2023, bahagian ini telah dijenamakan semula sebagai Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH).
Penubuhan Pejabat Integriti USIM sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) baharu telah diluluskan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bilangan 5/2025 yang bersidang pada 23 Oktober 2025.
Sejarah Penubuhan Pejabat Integriti USIM
Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Tatatertib berdasarkan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.

*Fungsi tatatertib diuruskan oleh Jabatan Undang-Undang (JUU). Sila rujuk di laman web https://juu.usim.edu.my
Konsep Pengasingan Kuasa (Segreration of Power) bagi kes tindakan tatatertib di bawah Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)









































