Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan penuh rasa syukur, saya mengalu-alukan kehadiran anda ke laman web rasmi Pejabat Integriti, USIM. Penubuhan Pejabat Integriti telah diluluskan menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 5/2025 pada 23 Oktober 2025 dan mula berkuat kuasa secara rasmi pada 1 November 2025.
Pejabat Integriti ini ditubuhkan sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang bebas, berperanan menegakkan nilai-nilai integriti dalam kalangan warga Universiti untuk memastikan tadbir urus yang telus, beretika dan berakauntabiliti. Selain itu, penubuhannya juga merupakan langkah strategik dalam memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan inisiatif pemantapan tadbir urus berasaskan integriti. Fokus utama kami merangkumi aspek pendidikan, pembudayaan, pencegahan dan pematuhan yang dilaksanakan secara terancang, efisien dan optimum.
Integriti bukan sekadar prinsip, tetapi budaya yang perlu disemai dan diperkasa dalam setiap lapisan organisasi. Justeru, Pejabat Integriti komited untuk menjadi rakan strategik dalam membentuk ekosistem kerja yang berintegriti, profesional dan berdaya saing.
Sekian, terima kasih atas sokongan anda. Bersama kita jayakan budaya integriti demi kecemerlangan Universiti.

