Bengkel Pembangunan Laman Web Pejabat Integriti Bersama STRACOMM USIM
Nilai, 22 Januari 2026 – Pejabat Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Laman Web dengan kerjasama Strategic Communication Centre (STRACOMM) USIM yang berlangsung pada hari ini.
Bengkel ini bertujuan memperkukuh pengurusan serta kandungan laman web Pejabat Integriti agar lebih sistematik, mesra pengguna dan selari dengan keperluan komunikasi strategik universiti. Fokus utama bengkel adalah kepada penambahbaikan struktur kandungan, pengemaskinian maklumat, serta amalan terbaik dalam penyampaian maklumat berkaitan integriti dan tadbir urus.
Sepanjang sesi bengkel, para peserta terlibat secara aktif dalam perbincangan dan latihan praktikal, termasuk semakan kandungan sedia ada serta cadangan penambahbaikan dari sudut teknikal dan komunikasi. Kerjasama erat antara Pejabat Integriti dan STRACOMM ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh imej, ketelusan dan keberkesanan penyampaian maklumat kepada warga universiti serta pihak berkepentingan.
Diharapkan bengkel ini dapat memberi impak positif dan menjadi pemangkin kepada pengurusan laman web Pejabat Integriti yang lebih efektif, dinamik dan berinformasi.
Disediakan oleh Pejabat Integriti USIM
