Pejabat Integriti bertanggung jawab untuk menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa penting di USIM seperti berikut:
JAWATANKUASA TATA KELOLA (JTK)
JAWATANKUASA ANTI RASUAH
Jawatankuasa Tata Kelola (JTK) berfungsi untuk meningkatkan komitmen universiti dalam membanteras rasuah sekali gus meningkat kan imej USIM, menjana sinergi dalam memastikan sistem pentadbiran universiti dapat digerakkan dalam persekitaran toleransi terhadap rasuah; dan memperkukuh kualiti sistem penyampaian perkhidmatan universiti berteraskan prinsip ketulusan, akauntabiliti serta berdaya saing.
JAWATANKUASA INTEGRITI (JKIU)
JAWATANKUASA INTEGRITI
Jawatankuasa Integriti (JKIU)bertanggungjawab membantu Lembaga Pengarah dalam mengkaji, mengkaji semula dasar dan program berhubung pemantapan amalan pengurusan yang kukuh, berintegriti tinggi dan tadbir urus yang terbaik di USIM.
Jawatankuasa yang ditubuhkan adalah berdasarkan kepada kelulusan oleh pihak Universiti dengan terma dan rujukan tersendiri. Setiap Jawatankuasa mempunyai fungsi yang berlainan yang dianggotai oleh Pengerusi dan Ahli yang telah dilantik oleh Universiti.
