Pejabat Integriti

Aduan berkaitan dengan integriti staf boleh dikemukakan kepada Unit Integriti, SCIROSH USIM menerusi empat (4) kaedah iaitu menerusi e-mel, pos, temujanji di pejabat atau serahan tangan borang aduan ke Pejabat Unit Integriti SCIROSH

Ya, template borang aduan disediakan dan boleh menggunakan borang dalam talian pada laman web SCIROSH. Aduan yang berkualiti adalah aduan yang mempunyai komponen 5W1H.

Aduan berkaitan dengan integriti staf boleh dibuat kepada Unit Integriti sekiranya aduan tersebut adalah berkaitan dengan kesalahan jenayah rasuah dan/atau perlanggaran tata kelakuan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan bertujuan supaya seseorang itu melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

Berdasarkan kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, empat kesalahan utama rasuah adalah seperti berikut:

  1. Meminta/menerima rasuah
  2. Menawar/memberi rasuah
  3. Membuat tuntutan palsu
  4. Salahguna kedudukan/jawatan oleh pegawai awam

Mengikut kamus dwibahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 1985 ialah “kejujuran dan ketulusan”, kesempurnaan, ‘keutuhan’. Ini bermaksud integriti adalah sifat “jati diri” yang merangkumi  juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang  kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain-lain.

Secara ringkasnya, integriti ada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti  organisasi. Integriti individu  merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Ini bermakna, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.

Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).

Pejabat ini berada di Aras 4, Bangunan Canselori, USIM